
Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Malahan hatinya juga
Kerana Allah teramat mencintainya
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan bukan ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri
*Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.* Imam Ghazali
Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian
Ukthiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran
Dari hidup dalam kesesatan
Kerana jangan lupa ukhtiku
Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan
p/s: sy copy catatan ini dari blog http://nurjeehan.hadithuna.com/category/mutiara-kata/
kata2 nya sungguh membuat sy terharu..sungguh mendalam makna..dan sy harap ini bermakna juga untuk anda smua..
